Thursday, September 18, 2014

kawan ke lawan?


Mulanya nak buat tak kisah.
malas nak layan kerenah bodoh and tak matang tu
tapi makin lama makin menjadi jadi.

sedih.
perlu ke macam tu kawan?

tak payah susah susah nak lawan aku!
nak menang, nak lebih dari aku. tak perlu semua tu.
sebab kita jauh sangat beza. jauh!

terserah la kau nak rasa kau jauh lagi atas dari aku
atau kau jauh lagi bawah dari aku.
ak serahkan dekat kau untuk decide.

tapi ingat, kau tak akan pernah sama dengan aku.
cara hidup kita berbeza. sangat!



comment here as much as ue want; love me as much as ue can

Saturday, May 17, 2014

Be Positive :)


Tipu la kalau aku cakap aku tak kecewa. Bilik ni dah boleh banjir dah dengan air mata aku.

Tapi lepas aku baca apa yang Hilal Asyraf tulis dekan website dia aku rasa aku macam dah boleh terima dengan semua benda yang jadi ni. Maybe ni yang terbaik untuk kami.

Hilal asyraf cakap ada banyak faktor kenape kita tak dapat ape yang kita nak.

Satu.

Kita tak tau.

kita tak tau samada benda yang kita nakkan sangat tu terbaik atau tak untuk kita. Allah lebih mengetahui segalanya. Mungkin benda yang kita nak tu akan bawa keburukan kepada kita. Bila kita tak dapat benda yang kita nak tu, boleh jadi hakikatnya kita sedang diselamatkan oleh Allah SWT atas keburukan yang bakal kita hadapi.

Perkara ini tersimpan di dalam HIKMAH.

Dan hikmah tidak semestinya kita ketahui pada masa ianya terjadi.

“Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa”

Dua

Belum bersedia

Mungkin kita belum bersedia atas apa yang kita hajati itu. Kemungkinan apa yang kita hajati itu datangnya ia bersama tanggungjawab yang besar.  Ada kemungkinan Allah tidak izin itu kerana kita belum bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.

Biasanya, kejayaan akan datang bersama tanggungjawab.

Kemungkinan besar, Allah tidak mengizinkan kita mencapai kejayaan itu, kerana diri kita masih tidak mampu memikul tanggungjawab yang hadir bersamanya.


Tiga

Dosa

Sometimes hajat kita yang kita tak dapat capai adalah kerana kita masih ada perkara yang belum selesai dengan Allah SWT. Maka Allah tidak memenuhi hajat kita.

Sebab yang hendak memberikan segala perkara terjadi adalah Allah SWT. Dan Dia berkuasa untuk tidak membenarkannya.


Empat

Berusaha untuk positif dengan Allah

Allah Maha Mengetahui. Dia tahu kita siapa. Dia yang paling kenal kita. Dia yang paling mencintai kita. Justeru sekiranya ada perkara-perkara yang kita rasakan buruk menimpa kita, sepatutnya kita perlu kembali memuhasabah diri.

Mengapakah kita tidak dapat apa yang kita hajati? Jangan sekadar memandang secara teknikal. Ada kemungkinan lain selain hal teknikal yang menyebabkan hajat kita itu tidak tercapai, usaha kita itu tidak berhasil.

Dan sepatutnya, perkara ini kita patut pandang pada sudut kasih sayang Allah.

Ada kemungkinan Allah hendak menyelamatkan kita dari sesuatu yang kita tidak tahu, sebab itu Dia menghalang dari hajat kita tercapai. Ada kemungkinan kita masih belum mampu, lantas Allah tahan dahulu kita dari mendapat apa yang kita hajati, agar kita tidak terkapai-kapai di kemudian hari. Ada kemungkinan Allah hendak mendidik kita, agar lebih dekat denganNya, sebab itu kerana dosa kita Dia tidak membenarkan kita mendapat apa yang kita hajati.

Allah itu Maha Penyayang.

Jika kita tidak mendapat apa yang kita hajati pun, itu adalah sebahagian dari kasih sayangNya



Memang dalam hidup, bukan semua benda kita nak, kita dapat


Pandanglah dari sudut positif, insyaallah dada kita akan sentiasa lapang.




Sumber : http://langitilahi.com/v2/10744




comment here as much as ue want; love me as much as ue can

Friday, May 9, 2014

Muak


Tak perlu ungkap kata maaf.
Tak perlu.

Dah muak.


comment here as much as ue want; love me as much as ue can